Thursday, September 16, 2010

Baju Raya

Mak tanya aku satu petang.

"Nak baju raya kaler apa?"

Aku menung sekejap. Dalam kepala tengah memikir kaler feveret. Kalau boleh jangan kaler yang jambu sangat. Kulit aku dah la gelap. Macam keling pulak nanti.

Belum sempat aku jawab, Mak celah dulu, "Tak payah fikir lama-lama. Pakai aje baju raya tahun lepas."

+
+
+

Siot, Mak tanya soalan trik. Tapi aku tak kisah. Raya? Apa ada hal. Balik-balik duduk depan tivi jugak.

Wednesday, September 15, 2010

Cerita Kuih Bangkit, Kuih Dahlia dan Habuk Kuih

Ada dua jenis kuih je yang paling aku suka masa raya. Kuih bangkit. Nak nak pulak kalau jenis yang hinggap kat lidah je terus cair. Fuh, memang nikmat!

Tapi raya tahun ni lain sikit. Aku dah jumpa regu kuih bangkit. Balik hari tu aku tengok mak ada beli kuih yang bentuknya memang tak menyelerakan langsung.

"Kuih apa tu mak?" Aku tanya mak aku yang tengah lap balang kuih.

Selamba mak aku jawab, "Kuih dahlia. Sedap tau!"

Masa tu siang lagi, so aku tak boleh nak rasa. Kadang-kadang rasa bergantung pada rupa. Kadang-kadang tak bergantung. Jadi aku niat nak makan lepas berbuka karang. Baru ada kick.

+
+
+
Pagi besoknya mak aku mengamuk sakan. Ada orang habiskan kuih dahlia tinggal setengah balang. Ala bukan habis pun. Tapi mungkin mak aku nak jamu orang datang marhaban, jadi tu yang dia hangin. 

Slow-slow aku tolak moto lalu jalan kebun belakang rumah. Sebelum mak aku jadi The Punisher, baik aku blah dulu.

Tuesday, September 7, 2010

Voodoo Spells!

Kadang-kadang aku cukup tak faham dengan perangai budak-budak asrama. Pantang nampak selipar tak bertuan. Mesti kena rembat. Selipar jepun osaki pun tak terlepas.

Masa balik terawih, elok-elok aje aku letak selipar atas rak kasut. Dengan harapan kalau dah letak atas rak, memang orang takkan ambik sebabnya selipar tu bertuan. 

Tengah malam aku terjaga sebab nak kencing. Malas nak bukak lampu takut ganggu roomate aku yang tengah tido. Tiga kali aku raba rak kasut cari selipar osaki. Pundi kencing aku macam dah nak terburai rasanya. Terus aku sarung kaki dengan selipar orang.

Bangun pagi besok, aku mandi dengan berkaki ayam.

Cilakak sapa yang curik. Raya nanti hati-hati sikit. 

Aku voodoo pemangsa selipar tu!

Monday, September 6, 2010

Sahur

Sekolah aku memang lame gila. Masuk light off je, semua pakat terus tidur. Tapi bukan semua. Ada la kutu-kutu yang mata belum mahu pejam duduk dalam bilik sidai. Hisap rokok, main gitar, bahan sesama sendiri. Lepas tu terus sambung sampai sahur karang.

Hujung minggu takpe. Boleh bangun lewat. Kau nak bangun tengah hari buta pun takde sapa nak maki.

Semalam aku malas nak join. Mata rasa berat semacam je. Makan apa tak tahu. Aku syak moreh yang Pak Lat buat ada letak daun ketum kot. Lemah je rasa badan. Belum tutup lampu aku dah tido.

Bangun je, M datang kejut. Dengan pakai kain pelikat, turun makan sahur. DSB kosong.

"Eh, pukul berapa ni?" Aku tanya M yang tengah senduk nasik.

Selamba M jawab, "3 setengah."

Bapak awal!

Sumpah, mulai bulan puasa tahun depan, aku tekad tak mahu bangun kalau M kejut sahur.

Sunday, September 5, 2010

Tragedi Berbuka

Diam tak diam - puasa dah nak dekat seminggu lah jugak habis.

Duduk kat sekolah asrama macam ni, banyak benda-benda yang boleh buat nak hilangkan rasa boring sementara nak tunggu berbuka. Aku tak tahu asrama korang semua macam mana, tapi kat asrama aku, tuang puasa benda biasa. Bukan makan apa sangat pun, makan maggi je. Maggi satu benda yang standard. Tarafnya dah hampir sama macam nasik. Di bulan puasa.

Tadi aku memang tak boleh blah dengan perangai budak-budak. Khai Sap - HEM asrama aku elok-elok sediakan bas sekolah; special untuk bawa kitorang semua pergi pasar Ramadan. Pukul lima semua dah terpacak kat pondok bas. Kena cepat. Kalau lambat tak dapat duduk.

Habis pusing satu pasar Ramadan, aku balik dengan menjinjit satu beg plastik merah berisi murtabak. Nak beli lebih-lebih, sukar lah bai. Duit bukan banyak sangat.

Balik je, murtabak inti daging tu aku letak kat dalam lokar. Lokar asrama aku jenis yang mahal. Bau baju konfem takkan ada bau murtabak punya.

Aku jeling jam. Baru pukul enam lebih. Sejam lagi nak masuk waktu berbuka. Nak berborak, energy dah takde. Habis buat hayun kaki pusing-pusing tadi. Tau-tau je aku tertido.

+
+
Bandu datang terus kejutkan aku. Mamai-mamai la jugak kepala. Duduk sekejap layan ngantuk. 

Bila aku toleh lokar, murtabak aku dah lesap.

"Kimak". Kata aku dalam hati. Sejam lagi nak berbuka pun tuang jugak ke? 

Dengan tak mandi, aku terus tukar baju Melayu. Turun DSB, aku tengok orang dah ramai. Atas meja masing-masing penuh plastik makanan. 

Aku buat-buat selamba. Duduk atas kerusi. 

Bandu datang dekat. Seketul ayam percik dia letak dalam pinggan aku.

Aku pura-pura pandang tempat lain. Malu kalau Bandu tengok air mata aku yang meleleh.

+
+
+
Balik prep malam tu, ada satu nota kecik ditampal kat pintu lokar. 

"Sori beb, aku tak tahan. Nanti aku ganti." Tanpa nama pengirim. Aku capai pen, balas balik.

"Aku faham, bulan puasa." 

Besoknya, dua keping murtabak ada dalam lokar aku. Entah siapa yang letak. Senyum aku sampai lebar sampai telinga. Ayam percik Bandu semalam, aku dah dapat ganti.